Saturday 17 October 2015

Seni Kraftangan Wau-Khazanah Tradisional Negara







Sejarah wau

1- Seni kraf wau mempunyai nilai estetika yang tersendiri dan penuh dengan seni halus.

2- Asalnya,wau merupakan permaianan masa lapang petani terutamanya pesawah padi.

3- Wau diperbuat daripada kertas yang berangka(daripada buluh).Popular di negeri                                  Kelantan,Terengganu,Kedah dan Perlis.Wau dikenali 'Layang-layang di negeri Johor,Negeri                Sembilan dan Selangor.

4- Wujud sejak 3000 tahun lalu di negeri China.Digunakan untuk menghantar makanan kepada mereka yang terperangkap di bukit.

5- Pada msa ini,seluruh dunia meminati wau.Malaysia merupakan tuan rumah bagi pertandingan wau sedunia.Dijadikan acara tahunan dan sebagai tarikan pelancong.



Kategori Wau


1- Wau yang dipertandingkan untuk ketinggian.

2-Wau yang dipertandingkan berdasarkan kecantikan dan kehalusan.

3-Wau untuk replika dan hiasan.



Pertandingan ketinggian



1- Wau akan diterbangkan sekurang-kurangnya 500 kaki dari bumi.

2- Pihak juri pengadilan akan menilai kedudukan tegak wau semasa berada di awangan.

3- Ukuran tegak diukur berdasarkan ketegangan tali wau.

4- Wau yang sentiasa berada dalam kedudukan menegak akan mendapat markah yang tinggi.




Pertandingan Kecantikan

1-Wau dipertandingkan berdasarkan keindahan corak pada wau.

2- Kreativiti dan originaliti corak akan menentukan markah yang tinggi.


Motif flora menjadi inspirasi rekaan corak

 Kehalusan inilah yang menjadikan wau sebagai seni warisan negara.







Wau hiasan dan replika



1- Merupakan wau untuk tujuan replika atau untuk tujuan hiasan di rumah,pejabat atau sebagainya.

2-Boleh juga dijadikan sebagai cenderahati.

3- Fungsi ini menjadikan wau salah satu sumber pendapatan kepada pembuat wau dan peniaga barangan hiasan.


















No comments:

Post a Comment