Saturday 31 October 2015

SPRAY PAINTING





" Spray Painting bukan Graffiti "

Pelbagai medium yang boleh digunakan untuk mencipta lukisan seperti akrilik,cat minyak,krayon,pensil warna atau medium yang seumpamanya..

Tapi bagi lukisan yang menggunakan spray sebagai medium untuk mencipta lukisan mungkin sesuatu yang baru bagi sesetengah orang.Lukisan yang bersandarkan pada semburan cat apa sahaja jenis warna.Mungkin pemilihan wana oleh artis dipilih secara rawak sahaja.Mungkin ikut pemerhatian sayalah.Memang spray menjadi medium utama tapi ianya juga menggunakan material lain seperti ahkbar lama,penutup botol atau barang-barang kitar semula yang lain.

Contoh Lukisan Semburan Cat






Semuanya menggunakan teknik yang sama iaitu semburan cat.


Spray painting mungkin susah untuk dipelajari(bagi saya)'.Ia adalah mengenai kepandaian dalam menggabungkan warna.Jika warna yang tidak dipadankan dengan betul boleh menimbulkan rasa tidak sempurna oleh mata pemelihat.Jadi kombinasi warna penting dalam proses menghasilkan spray painting untuk proses " mix ".




 Proses menghasilkan spray painting


Seperti dalam video artis jalanan atau penghibur jalanan menggunakan alat-alat sebegitu untuk  proses membentuk satu-satu lukisan itu.Mereka menunjukkan skill mereka di mana mereka ini dapat mencipta lukisan dalam waktu yang singkat sahaja.Ianya mungkin pasal kreativiti.Atau mungkin bukan 100% peratus menggunakan kreativiti.Mereka boleh diklasifikasikan sebagai orang yang berpengalaman.Mungkin boleh diperatuskan mengikut:-50% pengalaman.30% kemahiran atau skill.20% lagi kreativiti.Atau ada sebab lain?mungkin bakat?atau minat?.

Tidak lupa juga spray painting boleh membuat duit.



1 comment: