Saturday, 16 December 2017







Gorillaz - Latin Simone FULL HD - NO PROFIT VIDEO (read details)
Music video ini memberi inspirasi dan idea kepada saya dalam membangunkan animasi bertajuk "The Guardians".Saya tertarik dengan Stylenya yang lebih fokus dengan karakter yang berwarna tetapi Background adalah hitam dan putih.Jelas menunujukkan artisnya ingin mewujudkan unsur atau elemen "PENEKANAN" sebenarnya.






 " Thank's SirThank's "

Sepanjang pengajian saya di University Kuala Lumpur ini ramai yang menjadi pengajar saya.Salah seorangnya adalahnya.Berpewatakan bersahaja.Mungkin sporting.Boleh jadi sporting pada masa yang sama tegas dalam mendidik kami.Lebih kurang 4 tahun kami bersamanya sepanjang pengajian kami di sini.Dia pensyarah kami Mr.M - Dr. Sir Fauzi Naiem Mohamed. 



Mungkin untuk artworks yang sebelum ini kami tidak buatnya secara bersungguh-sungguh(buruk).Oleh itu Mr.M banyak memberi masa kepada kami untuk improvekan diri dalam bidang ini(Animation)untuk jadi lebih baik pada masa akan datang.Pada masa yang sama memberi kami banyak panduan ilmu untuk digunakan pada masa akan datang.Masa berlalu dengan pantas,masa yang menentukan kami.It's about feature.Kami mungkin berjauhan dengannya nanti.Ilmu yang diberikan selama ni kami guna sebaiknya di samping berkatnya.Thank's you Sir.Tiada lawak tak Logik selepas ni....

Friday, 15 December 2017







" POPO THE CHOREOGRAPHY MASTERED "

Secara realitinya kami diperuntukkan joget-joget.Jadi yang diketuakan adalah Nor Adila dikenali sebagai Popo yang ditugaskan oleh mr.m untuk mengconduct kami.Joget-joget ini adalah persediaan kami untuk X-HIBITION DAY nanti.Jadi kalau korang tanya aku ,ape yang aku tak suke.Aku akan jawab "Joget-Joget ni aa."Aku tak suke bende ni.Terpaksa wak,sebab markah.






"The Guardians" Tumbnail

FYP is underway(ketika di fyp 1).Thumbnail atau jalan cerita yang perlu ditunjukkan kepada pengajar.Prosedur pertama yang perlu ditunjukkan kepada pensyarah kami iaitu Dr Fauzi Naiem Mohamed.Material yang digunakan hanya pensel warna biasa untuk colouring.

Sebelum itu ianya harus diluluskan untuk pergi kepada langkah yang seterusnya.Jadi langkah yang seterunya itu adalah rekaan karakter.Juga harus dilulukan oleh beliau. 





"Addie-Lee,The Masterd Adobe Flash teacher"

Dikenali dengan nama Mohd Adlie Munawwar.Nickname,Li atau Adeli.Banyak membantu dan memberi panduan kepada saya ketika saya di zone FYP mode.Final Year Projek memperuntukkan pelajarnya mencipta animasi dalam kadar masa lebih kurang 3 minit atau lebih.Jadi saya banyak refer kepadanya jika ada apa-apa permasalahan.





"Anatomi"

Pada semesta 6,subjek DIE,pameran diadakan ketika itu. Saya berpeluang melawat Balai seni Negara.Diantara banyak-banyak seni yang ada ,yang ini paling menarik perhatian saya.Full material daripada arang "Charcoal".

Berskala agak besar pada mana-mana lukisan yang ada ketika itu.Hampir menyaluti seluruh dinding.


Jika diamati betul-betul salah satu petak pada lukisan sedikit berbeza warnanya.Motifnya?Tidak diketahui.Mungkin ada maksud yang tersirat mengenainya.




(figure 1) Mannequin puppet

Patung Mannequin.Patung Mannequin ni salah satu material yang penting saya gunakan untuk final year projek (fyp) saya.Maksudnya saya gunanya bila di peringkat menganiamasikan animasi pendek saya iaitu "The Guardians".Menjadi sumber rujukan saya ketika proses animate selepas rujukan-rujukan lain seperti youtube.



(Figure 2) 

Setiap sendi adalah boleh digerakkan namun agak terhad sedikit.Tidak cukup fleksibel.Tetapi bagi saya sudah cukup untuk jadikannya sebagai rujukan ketika proses melukis.



 (figure 3) 

Rekabentuk diinspirasikan daripada manusia ini boleh digerakkan dari kepala hinggalah ke kaki.
Saya gunakannya dari awal animate hinggalah ke akhir animate iaitu babak yang terakhir dalam animasi saya.