Wednesday 30 September 2015

Artwork Sambil-sambilan

Artwork sambil-sambilan
Ini kerja-kerja sambilan masa cuti sem.Tiada apa yang hendak dibuat,jadinya aku cari benda yang boleh mengisi masa itu.Seperti aku rekod video pindah pula ke software untuk kerja-kerja mengedit,buat prototype apa semua bagai seperti kapal layar.Cuma menggunakan barang-barang kitar semula seperti gabus atau apa sahaja barang yang boleh dikitar semula kita gunanya balik untuk buat sesuatu yang kreatif.



Seperti ini menggunakan tin minuman  

Ini menggunakan perkakasan motosikal





   
Real Steel official video (Original video)


Video asal,aku edit jadi macam ni.Edit dari segi audio sahaja


Bots Hacks



Filem dari barat dilakonkan oleh Hugh Jackman,Dokota Goyo,Evangeline Lilly dan ramai lagi.



Sama juga yang ni,aku buat masa cuti panjang,cuti semester

Stop Motion


Aku akan cari sesuatu yang boleh dibuat dengan kerja-kerja berkaitan dengan seni pelik-pelik.Contohnya prototaip pelbagai,kerja-kerja media yang macam tadi.






Guide

Guide
Aku suka lukisan-lukisan gaya anime.Jadi command dunia sekarang ini.Sebabnya mempunyai kepelbagaian terutamanya aspek jalan cerita,kepelbagaian membentuk luaran dan dalaman karakter.Kepandaian memilih warna,ilustrasi ,background,kesan bunyi,garisan yang details atau apa sahaja yang berkaitan dengannya.

BLEACH

 FAIRYTAIL

DEATH NOTE

Aku "guna" cerita anime macam gini sebagai guide atau medium untuk aku mula lukis,assingment,sekadar lukis suka-suka atau apa sahaja.


NARUTO SHIPPUDEN

SCHOOL RUMBLE

 FULLMETAL ALCHEMIST


INITIAL D

Dalam banyak-banyak anime,anime bersiri Initial D jadi kesukaan.Cerita mengenai perlumbaan kereta.Menggunakan babak-babak yang penuh dramatik.Aku suka  semua soundtrack dia.Dari awal 1 stage aku dah ikut dia punya perkembangan cerita sehingga 5 stage.









Sunday 20 September 2015


KLCC,Twins gallery Art


Aku kena suka lukis memandangkan aku menceburi bidang-bidang macam gini.(seni).Aku suka seni yang datangnya pada diri sendiri,tidak buat klon atau menciplak hasil seni orang lain,tidak suka meniru idea orang lain atau seumpamanya.


" Ke arah kecomelan "katanya....

Try lukis Mr.M sambil boring-boring tunggu mula pembelajaran.


Kunjungan ke galeri seni
Oleh sebab subjek Figue Design memerlukan banyak kerja-kerja melukis,aku dan rakan-rakan lain pergi apa sahaja festival yang berkaitan dengan seni.Mungkin boleh dibuat sebagai sumber ilham atau inspirasi untuk assignment nanti.Contohnya baru-baru ini,semuanya berkumpul di KLCC,Gallery Twins diadakan di sini.Boleh dijadikan salah satu pengalaman, tambahan lagi aku sudah lama tidak ke galeri Art jadi ambil peluanglah datang ke mari.



Kami diberi peluang melukis apa sahaja seni yang ada di dalam ruangan galeri ini oleh Mr.M.Melalui kunjungan ke tempat sebegini kami semua mungkin dapat meluaskan lagi pengetahuan tentang seni, dapat mengeksplor lebih lagi tentang seni yang ada.Sudah lama tidak berkunjung ke galeri Art sebegini jadi beruntunglah kami semua dapat melihat jenis-jenis Art.Selain itu kami dapat melihat sendiri cara pembuatanya,proses apa yang telah dilaluinya sesuatu hasil seni itu.Bukan hanya melihat,kami mengamati dan menghayati apa yang ingin disampaikan oleh sesuatu seni itu.Ini kerana kebanyakan hasil seni di sini tidak menyampaikan mesej secara terus dan memerlukan andaian sendiri oleh para pemelihatnya atau membuatkan orang tertanya-tanya maksud yang tersirat di sebalik seni-seni tersebut.




Uncle ni sedang menerangkan serba sedikit tentang galeri ini.Tentang jenis-jenis Art yang ada di sini seperti arca,lukisan potret,ukiran kayu atau sebagainya.  





Mr.M  juga turut menghadirkan diri bersama kami semua untuk lawatan ke galeri tersebut.

Kelas Figure Design

Cipta Blog sendiri


Suasana dalam kelas Mr.M dalam subjek Figure Design.Kelas yang menghendakkan pelajar mencipta blog masing-masing.Blog dimana pelajar boleh berkongsi tentang apa sahaja perihal melibatkan seni tidak kira lukisan potret,landskap arca atau sebagainya.

Thursday 17 September 2015

Maze Runner Scorch Trials


Tonton Maze Runner

Layan movie dekat quill mall,filemnya Maze Runner The Scroch Trials