Sunday 20 September 2015

KLCC,Twins gallery Art


Aku kena suka lukis memandangkan aku menceburi bidang-bidang macam gini.(seni).Aku suka seni yang datangnya pada diri sendiri,tidak buat klon atau menciplak hasil seni orang lain,tidak suka meniru idea orang lain atau seumpamanya.


" Ke arah kecomelan "katanya....

Try lukis Mr.M sambil boring-boring tunggu mula pembelajaran.


Kunjungan ke galeri seni
Oleh sebab subjek Figue Design memerlukan banyak kerja-kerja melukis,aku dan rakan-rakan lain pergi apa sahaja festival yang berkaitan dengan seni.Mungkin boleh dibuat sebagai sumber ilham atau inspirasi untuk assignment nanti.Contohnya baru-baru ini,semuanya berkumpul di KLCC,Gallery Twins diadakan di sini.Boleh dijadikan salah satu pengalaman, tambahan lagi aku sudah lama tidak ke galeri Art jadi ambil peluanglah datang ke mari.



Kami diberi peluang melukis apa sahaja seni yang ada di dalam ruangan galeri ini oleh Mr.M.Melalui kunjungan ke tempat sebegini kami semua mungkin dapat meluaskan lagi pengetahuan tentang seni, dapat mengeksplor lebih lagi tentang seni yang ada.Sudah lama tidak berkunjung ke galeri Art sebegini jadi beruntunglah kami semua dapat melihat jenis-jenis Art.Selain itu kami dapat melihat sendiri cara pembuatanya,proses apa yang telah dilaluinya sesuatu hasil seni itu.Bukan hanya melihat,kami mengamati dan menghayati apa yang ingin disampaikan oleh sesuatu seni itu.Ini kerana kebanyakan hasil seni di sini tidak menyampaikan mesej secara terus dan memerlukan andaian sendiri oleh para pemelihatnya atau membuatkan orang tertanya-tanya maksud yang tersirat di sebalik seni-seni tersebut.




Uncle ni sedang menerangkan serba sedikit tentang galeri ini.Tentang jenis-jenis Art yang ada di sini seperti arca,lukisan potret,ukiran kayu atau sebagainya.  





Mr.M  juga turut menghadirkan diri bersama kami semua untuk lawatan ke galeri tersebut.

No comments:

Post a Comment